Tuesday, December 30, 2008

dugaan mendewasakan kita sebagai hambaNya 1


Kehidupan ku kini lebih bermakna dengan hari-hari yang mendatang..genap 7 bulan aku mengandungkan putera sulung ku (aqeel al Haady ) Dr fazlina mengesahkan aku pembawa thalasemia trait.aku telah mendapatkan rawatan di klinik Az-Zahrah di bangi selangor.nak dijadikan cerita waktu tu, perkataan yg pertama keluar dari mulut ku"thalasemia tu apa doc,?..alahan ker?Dr Fazlina menceritakn apa itu penyakit thalasemia..waktu tu aku faham..tapi biler aku tanyer pada diri sendiri balik...apa itu thalasemia..still aku tak faham lagi sebenarnyer..oleh kerana aku adalah pembawa suami ku juga perlu membuat ujian saringan untuk mengesahkan sama ada suami ku pembawa atau pun tidak.Selepas seminggu waktu yang dinanti kan telah tiba..segala-galanyer telah ditentukan , kiter sebagai hambaNya menerima dengan redha dan hati yang terbuka,,,suami ku juga adalah pembawa thalasemia trait.kami harus kuat ketika ini dan aku tak rasa apa2 sewaktu suamiku mengengggam tanganku.perasaan sedih, pilu, bermain-main difikiran ketika itu.syukur alhamdulillah aku mendapat suami, keluarga yang sentiasa disamping ku ketika susah dan senang.hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perasaan kami sekeluarga ketika itu.aku harus kuat dan redha supaya lebih menumpukan perhatian kepada anak yang ku kandung.Mak kata jangan sedih...waktu mengandung cuba tenangkan fikiran banyak solat,solat sunat, berzikir dan mengaji supaya aqeel sihat hendaknyer.aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. waktu aku bekerja sebagai sales executive di energetic move ( jual kereta naza kia dibangi).so aku duk di umah sahaja dan pada ketika itu suami ku (al-shams )bekerja di indoor soccer federation di seksyen 15 shah alam. Alhamdulillah, pada ketika itu aqeel di dlm kandungan sihat dan tiada sebarang komplikasi. kami sekeluarga lebih banyak membaca dan mencari segala maklumat mengenai penyakit ini.sedikit demi sedikit kami lebih memahami penyakit ini.Penyakit thalasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mana darah yang dihasilkan adalah tidak normal berbanding dengan orang yang normal.genap 38 minggu pada 21 oktober 2006 bersamaan hari sabtu jam 6.12 petang aku selamat melahirkan putera sulungku Aqeel Al Haady bin Al Shams secara normal seberat 3.2 kg disambut oleh Dr Fazlina di Az-Zahrah bangi...alhamdulillah..Terima kasih Dr. melihat nyer aku lupa segala sakit yang ditanggung..itulah kebesaran yang Maha Esa.kehidupan ku lebih bermakna apabila bergelar mummy..(seronok biler kiter dah ada anak...)alhamdulillah, syukur kepada Nya memberikan anugerah yang amat berharga buat kami sekeluarga.genap 7 bulan aqeel perlu membuat ujian saringan seperti daddy n mummy untuk menentukan aqeel samada pembawa atau mempunyai penyakit thalasemia.selepas 3 hari Dr Kamsiah (Pakar kanak2) yang merawat aqeel dari lahir menelefon...kami sekeluarga on the wat ke pahang untuk b'cuti n ada kije opiz..dr Kam bertanyer samaada bagi tahu waktu tu atau kami dtg sendiri ke klinik..kebetulan pada waktu tu memang ada kije yang tak dpt dielakkan..kami bersetuju untuk diberitahu melalui telefon..Allah sahaja yang mengetahui prasaan kami ketika itu..aqeel mendapat HBE Beta Thalasemia( gabungan mummy n daddy )subhanallah....kami redha...

No comments:

Post a Comment