Wednesday, January 28, 2009

MOOD cuti...lagi..

awal2 tahun banyak gak cuti....yang sronok aqeel dapat main ngan mummy n daddy..awal2 lagi hari sabtu baru2 nie..we all dah ckp ngan si boy ni...nanti hari selasa go rumah mama house( babbyster aqeel )..aqeel ckp...ar nak arr......ala2 memek muka...boleh sangkut 1 hanger kat mulut neyr...pastu buat muka sedih...apalagi mummy buat tak tau je...malam rabu..sebelum aqeel masuk tidur ckp lagi...esok mummy n daddy nak go work cari duit...nanti boleh go jln2...aqeel go mama house yek...respon....dia pandang n tak ckp apa pun...erm faham la kot..alhamdulillah pagi tadi hantar gie mama house...mana tak nyer last week antar je pagi2 dah start nangis...asyik ckp nak skolah je...erm..dah start boring la tu...dah besar kan..alhamdulillah..

Monday, January 19, 2009

thalassemia

Berikut adalah sedikit info tentang talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis TalasemiaTerdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  1. Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyaikecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemiaatau pembawa
  2. Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyaibaka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
  3. Pesakit TalasemiaSekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
    25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
    50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
    25% kemungkinan anak mereka adalah normal
    (Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
  4. Tanda dan gejala penyakit Talasemia
    Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
    Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
    Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
    Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
    Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
  5. Rawatan penyakit Talasemia
    Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
    Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
    Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  6. Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
    Saringan TalasemiaSaringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

Wednesday, January 14, 2009

JOM DAFTAR....!Pertubuhan Belia

Jom Daftar pertubuhan Belia...kepada kengkawan, semua yang berminat untuk mendaftar persatuan..dialu-alukan mendaftar di bawah pejabat pendaftar pertubuhan belia (Akta pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.simple je sekiranya sesiapa yang ingin mendaftar..Langkah-Langkah untuk Menubuhkan Pertubuhan Belia
1) Adakan Mesyuarat Penubuhan ( Penajalakan..)
- dihadiri oleh sekurang-kurangnyer 7 orang
- Mesyuarat tu luluskan resolusi
  • setuju tentang penubuhan
  • Luluskan nama
  • Luluskan alamat /tempat urusan
  • Bentuk jawatankuasa Penaja
  • Luluskan Perlembagaan ( cth perlembagaan disediakan bagi memudahkan para belia )
  • Catitan Minit Mesyuarat

2) dah mesyuarat so...bolehlah memohon Pendaftaran Pertubuhan Belia di Pejabat (KBS) atau PBSD yang berhampiran.

3) Dokumen yang perlu dikemukakan adalah:

  • Borang PPB01 ( download di laman web kami @ pi ke pejabat @PBSD berhampiran
  • Setem pos RM 30
  • Minit mesyuarat Penubuhan (Baru), dua tandatangan pemegang jawatan
  • Perlembagaan ( dua tandatangan pemegang jawatan
  • Bendera, logo, lencana dll
  • Tafsiran Bendera, logo, lencana, dll

4..itu je...siap pun..ada kemuskilan leh lah bertanya yek...Jom daftar ..anda berminat menggerakkan aktivt kepimpinan, kemahiran, keusahawanan, sukan, rekreasi, kebajikan sosial, agama dan kerohanian, budaya, kesukarelaan dan banyak lagi.....!!!!Mengapa tidak tubuhkan persatuan belia ditempat anda?...layarilah http://roy.kbs.gov.my..

sekian..

Tuesday, January 13, 2009

jalan-jalan cari makan..




wah..kijer bertimbun fail-fail kat atas meja...opiz skang ni tengah bz giler..akta pertubuhan belia dan pembangunan belia 2007 dah berakhir pada 31 december 2008..so mana2 persatuan lama untuk berdaftar smula dah berakhir pun tempohnyer..sempat lagi aku pi bercuti..skali skala nak lepaskn tension..tak de kebetulan sham kena melaka atas urusan kerja selama 2 hari..so better aku ikut bawak aqeel skali..at least leh bawak dia jalan2 tahun baru..we all pi pagi ahad (11 hb jan 09) pas breakfast..sampai sana dlm kul 11.30 pagi ..kejap je..so bawak aqeel pi taman rama-rama..erm sronokla la dia termasuk maknyer skali..habis pusing kat stu sampai kul 1.00pm..nak check in lambt lagi..so we all pi pekena makan asam pedas...tengah makan ingat plak kenangan buat survey pasal hutan lipur kat mlaka dulu..masa tu b'sama Boss n rakan2 perlu yg lain...kelakar t enjoy..t ..banyak pengalaman baru..n sewaktu dengan nyer..sronok sangat time tu.. kul 3.00pm baru check in di hotel sri malaysia..dekat ngan tempat urusan kerja sham di ilp( institut latihan perindustrian melaka )..so pagi isnin seperti biasa sham pi kerja ...aku plak jadi surihotel tetangga melayan aqeel mandi dikolam sampai dia penat..mcm biasa kalau mandi tak ingat nak naik...dah ngantuk pun smacam gak..dah la tu nak mandi kolam org dewasa tak nak dipegang plak tu..ish..ish..merasa jugak lak dibiarkn tenggelam timbul..he..he..nak bagi aqeel biasa ngan air. malam plak jumpa kawan masa sefakulti...dulu..org panggil dia haji...so dia bawak we all pekena ikan bakar di umbai...alhamdulillah bestnyer dah lama tak mkn ikang, ketammmm, sepuas-puasnyer..he..he...kenyang betul..kul 11.45pm baru balik..tengah makan si aqeel dah tidoq still makan begilir2..turn sham pangku aqeel la paling best nyer makan :)..hari slasa we all balik arr..sampai kajang kul 6 pm..

Tuesday, January 6, 2009

basikal baru




wah...bukan main seronoknyer aqeel..arini dapat basikal baru..mana taknyer setiap kali pi jalan nampak je orang naik basikal..mesti ckp.."sikal abang nyer..aqeel nyer daddy buy ya..sikal rosyak..beli banyak anyak..'kebetulan kat umah memang dia dah ada basikal..tapi ala2 baby punyer..tapi hajat nak basikal yang org besar tu..erm kayuh pun tak pass lagi...tapi nak jugak yang besar punyer...dekat nak sbulan gak dia muntak basikal...hari-hari ajak pi cari basikal..tapi we all buat tak tau jer..sampai dah nak naik kesian sgt..finally belila.bukan main happy la dia...nampak je terus ckp"mummy tolak aqeel..."Muaah...itu memang cara aqeel bodek kita suruh tolak dia...(maklumla tak pandai kayuh sendiri:) )

Monday, January 5, 2009

dugaan mendewasakan kita sebagai hambaNya 2

salam...selamat tahun baru 2009..erm azam baru tahun ni moga2 lebih memberikan keberkatan kepada kiter smua utk lebih berusaha mencapai apa yang diimpikan ..amin...sempena tahun baru ..azam baru..harap2 aku lebih bersemangat utk bekijer ni..yang penting aku nak pastikan aqeel sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat seperti kanak2 kanak lain.so kami kena sentiasa memberi semangat, dorongan kepadanyer..maklumla arr..anak sowang n baru 2 tahun..erm manja boleh tahan jugak tu..so far aqeel dah 4 kali membuat pemindahan darah (blood Transfusion )....biasanyer biler aqeel demam n hb(hemoglobin) dia turun below 7.nak tak nak kena masukkan darah jugak.nak masuk darah tu ambik masa selama 3 jam ke 4 jam jugak..erm tahu jela..bebudak kan..mesti nangis..org dewasa pun sakit ni kan pulak..kanak2..saba jerla..alhamdulillah..aqeel ok..mula2 mula tu nangis la..pastu nak tunggu darah habis masuk ..erm...dia bjalan bawak skali ngan mesin2 tu..