Monday, January 19, 2009

thalassemia

Berikut adalah sedikit info tentang talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis TalasemiaTerdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  1. Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyaikecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemiaatau pembawa
  2. Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyaibaka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
  3. Pesakit TalasemiaSekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
    25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
    50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
    25% kemungkinan anak mereka adalah normal
    (Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
  4. Tanda dan gejala penyakit Talasemia
    Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
    Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
    Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
    Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
    Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
  5. Rawatan penyakit Talasemia
    Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
    Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
    Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  6. Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
    Saringan TalasemiaSaringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

No comments:

Post a Comment